ListBelanja
Import penyata bank: belanja tanpa resit, tiada dikira dua kali
Parkir, tol, langganan, pindahan DuitNow — banyak belanja tidak ada resit. Import penyata bulanan anda dan ListBelanja membaca lajur sendiri (mana-mana bank), mengenali baris yang sudah ada resit, mencadangkan kategori dan memasukkan selebihnya ke bajet dengan satu ketukan.
Tiada kad kredit · BM, English & 中文 · data anda di awan, bukan dalam telefon
Dikemas kini
Cara import
- Muat turun penyata sebagai CSV daripada app bank, kad atau e-dompet anda (kebanyakan menawarkannya di bawah Penyata / Export).
- Dalam ListBelanja: Wang → Import penyata → pilih fail. Pembatas, tarikh (hari dahulu), lajur debit/kredit dan baki dikesan daripada nilai — tiada tetapan.
- Semak pratonton: baris yang sepadan dengan resit (amaun sama, ± 3 hari) atau belanja tunai sedia ada dilangkau; tukar kategori jika mahu.
- Import — baris yang dipilih menjadi belanja tanpa resit dalam bajet bulan itu.
Dua hala: resit yang tiada dalam penyata
Padanan berjalan dua arah. Baris penyata yang sudah ada resit dilangkau (tiada dikira dua kali) — dan resit dalam julat tarikh penyata yang TIDAK muncul dalam mana-mana baris disenaraikan di bawah pratonton: dibayar tunai? kad lain? atau tarikh resit tersilap baca? Satu senarai pendek untuk disemak, bukan carian manual.
Privasi: fail kekal di peranti
Penyata bank mengandungi segalanya tentang anda. Sebab itu fail CSV dibaca sepenuhnya dalam pelayar anda — ia tidak dimuat naik ke pelayan ListBelanja atau mana-mana AI. Hanya baris yang anda pilih untuk diimport (tarikh, nama, amaun, kategori) disimpan sebagai belanja, sama seperti anda menaipnya sendiri.
Bukan untuk cukai — dan itu sengaja
Belanja daripada penyata tidak mempunyai resit, jadi ia tidak dipadankan dengan pelepasan LHDN (LHDN memerlukan bukti). Ia melengkapkan bajet isi rumah supaya gambaran perbelanjaan lengkap; resit yang diimbas kekal sebagai asas tuntutan cukai.
Soalan lazim
Bank mana yang disokong?
Mana-mana yang boleh mengeksport CSV (atau teks dipisah koma/semikolon/tab) — lajur dikesan daripada nilai, bukan daripada senarai bank. Kepala Melayu atau Inggeris (Debit/Kredit, Keluar/Masuk, Amount) difahami.
Adakah pindahan masuk (gaji, kredit) diimport?
Tidak — hanya baris keluar (debit) menjadi belanja. Baris masuk dipaparkan dalam pratonton tetapi tidak dipilih.