ListBelanja
Tuntutan perbelanjaan tanpa kertas: hantar, lulus, bayar
Resit tuntutan selalunya tercicir dalam WhatsApp, sampul surat dan laci — dan sesiapa yang meluluskan perlu mengira semula setiap hujung bulan. Dalam ListBelanja, pemilik resit menekan "Tuntut balik" pada resit yang sudah diimbas; admin syarikat, bendahari persatuan atau ibu bapa melihat semua tuntutan yang menunggu di satu skrin, meluluskan atau menolak dengan sebab, dan menanda dibayar. Peraturan aliran dikuatkuasakan pangkalan data, jadi tiada siapa boleh meluluskan tuntutan sendiri tanpa kebenaran.
Tiada kad kredit · BM, English & 中文 · data anda di awan, bukan dalam telefon
Dikemas kini
Bagaimana ia berjalan
- Imbas resit seperti biasa — kedai, tarikh, jumlah dan SST dibaca AI.
- Buka resit → Tuntut balik (tambah nota jika perlu, cth. "Mesyuarat klien ABC"). Status: Menunggu kelulusan.
- Admin membuka Lagi → Tuntutan perbelanjaan: ringkasan menunggu / perlu dibayar / dibayar, tapis ikut ahli, lulus atau tolak dengan sebab — satu-satu atau semua sekali gus.
- Selepas bayaran: Tanda dibayar. Pemohon nampak status terkini di Utama.
- Hujung bulan: eksport CSV untuk gaji atau perakaunan, atau cetak borang tuntutan dengan ruang tandatangan pemohon & pelulus.
Untuk siapa
- Syarikat & PKS — kakitangan menuntut belanja kerja, kewangan meluluskan
- Persatuan, NGO, surau, kelab, PIBG — AJK menuntut, bendahari meluluskan
- Keluarga — anak atau pasangan menuntut daripada ibu bapa
- Pekerja & freelancer — jejak tuntutan anda kepada majikan atau klien sehingga dibayar
- Projek — gabungkan dengan tag projek untuk kos setiap projek atau acara
Soalan lazim
Bolehkah ahli meluluskan tuntutan sendiri?
Tidak. Hanya admin boleh meluluskan, menolak atau menanda dibayar — ia dikuatkuasakan dalam pangkalan data, bukan sekadar disembunyikan pada skrin. Pemilik resit hanya boleh menghantar atau menarik balik tuntutannya.
Saya bekerja seorang diri — adakah ciri ini berguna?
Ya. Tanda resit yang anda tuntut daripada majikan atau klien, cetak borang tuntutan, dan tanda dibayar bila wang masuk — tiada lagi tuntutan yang terlupa.